Thursday, June 18, 2015

628; Introvert

Bismillah.

Aku bukan jenis orang yang suka deny kata2 orang lain. Walaupun aku tak sebulu dengan pendapat seseorang tu, kadang mulut aku tetap akan kata setuju. 

Sebabnya

kadang aku malas nak berhujah untuk tentukan aku yang betul. Dalam erti kata lain, aku lebih selesa simpan dalam hati je hujah2 aku, sambil kata dalam hati, tak rugi pun mengalah. Kadang aku takut jugak, terbawak bawak sampai bergaduh hanya sebab nak pertahankan pendapat sendiri.

Sebabnya

Aku takut betul kalau aku 'tergaduh' dengan orang lain. Aku juga bukan orang yang pandai memujuk. Apatah lagi suka memujuk. Jadi untuk elakkan perkara perkara menggelikan spt memujuk ni, lebih baik aku elakkan diri dari terjerumus dalam pergaduhan.

Sebabnya

sekarang ni tengah tunggu lagi 7 minit 42 saat untuk berbuka puasa. Jadi aku pun habiskanlah masa menulis post yang ya rabbi panjangnya ini. 

Sebabnya 

aku suka betul tulis tentang diri sendiri. Aku jarang ambil kisah tentang hidup orang lain.

Sebabnya

aku ni, introvert.

Faqihah,
Introvert yang perlu hidup dalam dunia penuh ke'ekstrovert'an.




No comments: