Saturday, June 20, 2015

630; Baliklah Weh

Bismillah.

Aku tak kisah sangat kena tinggal dengan roomates, tinggal sorang dalam bilik. Hantu dalam bilik ke apa, belakang kira. 

Sebabnya dulu masa sekolah asrama, aku selalu pandang ringan bila kawan2 aku yang tinggal jauh dari sekolah cakap betapa untungnya aku dapat balik setiap minggu, setiap kali cuti. Dulu aku rasa itu satu penghinaan kalau orang tegur macam itu. Aku rasa macam ada maksud tersirat belakang kata kata tu, macam nak cakap, "Tengoklah kami yang duduk jauh ni, lebih berdikari, lebih tough". 

Aku rasa je. 

Kadang aku senyum je. Kadang aku buat tak dengar. Kadang aku diamkan aje. Ada sekali tu aku jawab, "Nasiblah. Siapa suruh pilih sekolah ni." Lepas tu aku terus blah. Terdiam kawan aku tu. Aku betul betul harap sekarang dia dah maafkan aku.

Sekarang, walaupun tak belajar dekat negeri yang sama dengan rumah, johor dengan seremban tidaklah jauh mana pun. Dalam 2 jam setengah perjalanan. Tapi tiket bas & ktm bukan main mahal. Setakat balik kalau ada cuti panjang sikit tu, insyaallah boleh lagi, alhamdulillah.  

Lepas hampir 2 tahun tinggalkan sekolah, ada beberapa kawan aku dah kehilangan orang- orang yang mereka sayang. Ada yang dulu tinggal jauh dari rumah. Tak banyak masa dia boleh habiskan kat rumah. Kalau aku jadi dia, mesti terkilan. 

Bila balik rumah, masa kat rumah tu lah aku gunakan sebaiknya dengan orang2 yang aku sayang. Masa kat rumah tu lah kita nak tolong urut kaki ibu, nak manja manja dengan ayah, cabut uban, masak ke apa apa yang patut. 

Hari tu ada kawan minta pendapat aku sama ada nak balik atau tak minggu itu, tanpa fikir banyak, aku jawab,

"Baliklah weh. Baliklah selagi boleh. Sementara orang2 yang kita sayang masih ada untuk sambut kita kat rumah ni."

Faqihah,
Hari ketiga puasa.

No comments: