Wednesday, June 24, 2015

634; Cerita Ibu Ttg Syukur

Bismillah.

Note: This was kept in my note apps since last year (22nd May 2014). Posting it today with hope that it gives benefits to many.

Hidup tak selalunya indah,
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam.

1. Ada 2 org pekerja swasta sekolah ibu, kerja cuci tandas. Sorang lembam. Tiga bulan tak dibayar gaji. Makan ke tidak agaknya:(
Faqihah, belajar bersyukur.

2. Kat sekolah ibu, ada sorang budak ditangkap mencuri dalam bilik guru. Curi kuih:(
Faqihah, kenal erti syukur.

3. Masa ibu bagi exam paper kat student dia, ada seorang student ni dapat 39 markah. Tak terlintas langsung nak mintak satu lagi markah utk lulus. Dia cuma cakap, thank you teacher thank you. 
Faqihah, syukur itu satu nikmat.

4. Ada cikgu pernah bagitahu ibu, ada sorang budak ni tunggu je students lain habis makan lepas rehat. Lepas semua orang dah takde kat kantin, budak tu makan sisa makanan kat kantin.
Faqihah, walau sekecil mana nikmat, jangan lupa bersyukur.

5. Ibu kata, kepuasan guru itu adalah melihat anak murid dia gembira. Ibu lagi seronok jadi cikgu.
Faqihah, buat apa yang kau nak. Kumpul pahala daripadanya.

No comments: