Sunday, November 1, 2015

831; SPM Memories

Bismillah.

(This kakak iz very emotional because her juniors are gonna take their spm tomorrow. How time flies!)

Teringat masa hari nak spm dulu, bukak gelanggang- baca yasin dalam exam hall, kat tempat duduk masing- masing. Every pagi before exam- duduk dekat dining hall buat last minute preparation then bila kena beratur sebelum masuk exam hall aku selalu duduk belakang belakang dulu sebab tak nak kena baca doa kat depan. Ada sekali tu kena panggil jugak baca doa kat depan haaa berdebor dia lain macam weyyy haha. Dah memang selama ni memang selalu berdebor pun kalau baca doa kat depan. Pastu ada sekali tu ayah ain syuhada azan sebelum baca doa, sumpah rasa nak nangis dia punya sebak tu lain sikit masa tu. Bila dah masuk dalam exam hall- dia punya aura tu Allah je yang tahu. Sejuk hall tu macam kat kutub utara sikit kalau tak silap aku haha sampai ada sekali tu ramai yang amik blazers dari bilik baju baju rasmi tu semua. Then pn radziah marah sebab baju tu semua tak boleh pakai. Maka kesejukanlah kami yang tak ada sweater ini. Sebelum masuk hall ingat lagi faje bagi salam then kita baca doa belajar ramai2. Pastu masa nak bukak plastik yang ada kertas spm tu, haa mulalah berebut siapa yang nak pergi depan nak check papers tu and sign haha. Pastu satu lagi kes yang nak pergi toilet waktu exam. Aku dahlah duduk dekat dengan toilet, pastu manusia manusia ni tutup pintu toilet tu sikit punya kuat. Tak tahan sangat agaknya. Tapi aku rasa pengawas peperiksaan tu manusia manusia yang paling bertuah sebab jaga kitorang ni haha. Tak banyak kerenah, alhamdulillah. Bila dah habis exam, dah keluar hall hmm mulalah ada manusia yang bincang jawapan. Akulah manusia tu huhu. Yang paling bestnya makanan form 5 asing daripada form lain hmm takyah susah susah fikir juniors amik share lebih haha. Hmm quints, banyak kan cabaran yang kita dah lalui sama2? Pahit manis gaduh baik hmm semua lah. 5 tahun weyy makan tidur sama- sama. Dah macam keluarga sendiri dah. Alhamdulillah after all those efforts yang kita buat, 21 of us dapat straight A+ so total yang dapat straight As masa batch kita ada 100 orang semuanya (out of 148). Bangga dapat buat rekod, first in SBP, first in Malaysia. Bangga dapat banggakan cikgu & family, alhamdulillah.

Bestnya masa sekolah dulu ya rabbi hmm kalau boleh sekarang ni nak cerita sampai habis dari form 1 sampai form 5 tapi memang tak la kan nak cerita sekarang.

(biasalah time emosi mcm ni rasa nak tulis panjang panjang pulak)

1939

No comments: