Wednesday, November 11, 2015

864; Bertanya Keburukan

Bismillah.

Dari channel telegram: addien90

#HikmahSalafussoleh

Kata sahabat Nabi, Huzaifah bin Yaman (wafat 36H):

 كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير، وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني

Dulu orang ramai selalu bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengenai kebaikan sedangkan aku bertanya kepadanya tentang keburukan kerana takut keburukan itu akan menimpa diriku (yakni takut aku melakukannya).
[Musnad Al-Bazzar no. 2962]

Begitulah hebatnya sahabat Nabi, mereka bukan sekadar bertanya tentang perkara baik untuk mereka lakukan tetapi bertanya juga tentang perkara yang jahat supaya mereka boleh menjauhinya.

Daripada ucapan ini kita dapat melihat generasi para Sahabat benar-benar suka bertanya masalah agama untuk mereka beramal sepenuhnya, berbeza dengan kita dizaman ini. Kerana itulah mereka generasi terbaik yang dipuji Allah dan RasulNya.

Allah lebih Mengetahui.
_________________
@Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90

No comments: