Sunday, November 15, 2015

876; Semua Orang Punya Pembencinya

Bismillah.

Dari channel telegram: addien90

||Semua Orang Punya Pembencinya||

Sebaik apa pun diri kita, setinggi mana pun akhlak kita, sehebat mana pun peribadi kita, tentu sahaja ada orang yang tidak senang dengan diri kita.

Janganlah bersedih dan janganlah hairan kenapa kita dibenci sedangkan kita sudah mencuba untuk jadi orang yang terbaik.

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang sempurna peribadinya pun ada yang tak suka dengannya ketika beliau sebarkan Islam. Para Imam dan ulama' silam juga ada yang membenci mereka dengan ajaran Islam yang mereka bawa.

Biarlah kita dicela dibibir manusia asalkan dipuji disisi Allah ta'ala. Bila mana kita telah berusaha mengikut suruhanNya supaya Dia redha dan sayangi kita, cercaan dan kejian manusia tidak lagi penting dan mampu memberi mudharat kepada kita sedikitpun.

Teruskah melangkah.
____________________
@Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90

24/08/2014

No comments: