Thursday, March 31, 2016

990; Cinta Sebekas Gula

Bismillah.

Perlu kongsikan ini untuk pedoman diri sendiri.

...

Tulisan Ustaz Ahmad Faiz: 

" Cinta Sebekas Gula". 

Saya suka nak kongsi apa yang saya kongsi dengan pelajar pagi tadi. Saya tengok trend bercinta di kampus ni memang susah nak dibendung. Paling banyak saya lihat jenis suka duduk berdua berhadapan atau bersebelahan di foyer library sambil berbual tentang exam dan masa depan barangkali. Kadang saya tegur, kadang saya cuma memerhatikan sahaja, kadang saya berhenti di hadapan mereka and 'gave them that look' sebelum saya sempat cakap apa², mereka faham dan buat gaya kekok terus buat² study. 

Astagfirullahaladzhim. Saya nak cerita tentang cinta sebekas gula. Sebab selalu kita dengar pesanan org alim, jangan habiskan kemanisan sebelum pernikahan. Memang susah nak kawal perasaan cinta jika nafsu mendahului kita dan Iblis pula penghulunya. Bila cakap pasal student universiti ni kebanyakkannya suka trend berkapel dan buat study group berdua sahaja. Sehari tak jumpa memang tak boleh, boleh gila jadinya. Sakit digigit rindu katanya

Saya bagi cabaran pada anak pelajar. Ikut atau tak itu belakang kira. Tapi ini cerita cinta sebekas gula. Saya katakan, bila dah jumpa seseorang yang kita suka dan nampaknya dia serius pada kita, beli lah sepeket gula harga rm2.80. Dapatkan sebekas balang yg sesuai, isi gula tersebut. Tutup kemas² dan buat label. "Kemanisan Cinta". Setiap kali berjumpa dengannya, amik sesudu gula dan buang gula tu keluar. Setiap kali rindu sampai berbual lagha, buang sesudu lagi. Setiap kali rasa dia tu la bf paling sweet dan couple goals terlaksana, buang sesudu lagi

Pelajar saya tanya, kenapa kena buang? Kerna itu kemanisan cinta yang digunakan sebelum pernikahan. Sesudu tu jangan dibuat air pun, sebab tak rasa bersalah ke menghirup kemanisan cinta sebelum halal bagi kita. Walau gula tu halal, tapi perbuatan tu tak manis. Walau cinta itu suci, tapi tetap berdosa kalau takde lesen nak bercinta.

Saya kata lagi, klau rasa bersalah, letak gula tu di sarang semut. Biar mereka angkut semua kasi rata!. 

Setiap hari sesudu dua, sebekas boleh surut juga. Jangan lupa baca label sebelum buka penutupnya, " kemanisan cinta". Katalah nanti dapat juga bernikah, lihat berapa baki gula yang ada. Ada sebekas atau sudah kosong balangnya. Bawak masa nak bernikah

Lihatlah kemanisan cinta yang ada. Jika setiap hari dah diguna, mana nak datangnya manis selepas nikah. Bawak bekas kosong nak bina hidup bersama umpama membawa rasa tawar dan hambar dalam rumahtangga. Lebih sedih lagi jika hanya tinggal bekasnya sahaja, gula habis, orangnya pula cari kemanisan rmhtangga dengan org lain.

Lepas nikah, boleh nak isi semula, kali ini guna sudu kecil sbb manisnya tak sama macam isi sebekas penuh. Cuba bila² terasa sweet, isi sesudu dalam bekas. Kalau bergaduh, tak boleh tambah sbb tak "sweet". Tengok berapa lama boleh penuh. 

Saya kata pada pelajar, kalau sungguh boleh bawa sebekas penuh di hari pernikahan, maknanya anda telah berjaya menjaga kemanisannya. Boleh lah guna buat air untuk suami/ isteri. Hirup dengan tenang sekali. Itulah kemanisan yang dijaga. Bila bahagia, boleh tambah sebanyak² gula. Siapa dapat buat, tlg hubungi saya. Kalau nak tambah motivasi, tulis depan bekas gula " Aku mencintaimu kerana Allah, takkan ku siakan kemanisan ini sebelum kita menikah". Kalau gula tu expired, maknanya terlalu lama korang bercinta sampai boleh jadi sia²

..............
#pesanandakwahuntukkorang

...

1433