Faqihah mahu bercerita sedikit tentang pengalaman Faqihah semasa pergi ke kursus Mokhdar cuti yang lalu.
Kursus ini berlangsung pada bulan September lalu.
Cuma Faqihah sedang menunggu kawan Faqihah untuk memberikan gambar.
Sebenarnya, ada ramai lagi kawan- kawan Faqihah di sana.
Kursus ini berlangsung pada bulan September lalu.
Cuma Faqihah sedang menunggu kawan Faqihah untuk memberikan gambar.
Antara kawan- kawan Faqihah di sana:
Yang bertudung merah, Balqis manakala yang bertudung biru pula, Huda.
Dari kecil: Syafiqah, Izzah Hadirah.
Dari kiri: Kak Ijlaal, Syafiqah, Kak Emilin, Izzah Hadirah
Sebenarnya, ada ramai lagi kawan- kawan Faqihah di sana.
Antaranya,
*Kak Hanis
Kak Hanis tahun ini (2009) akan menghadapi SPM.
Dia dipertanggungjawabkan untuk menjadi penghuluwati di sana.
Walaupun perbezaan di antara umur kami jauh, kami sangat senang apabila bersamanya.
(Faqihah pernah menulis sebuah 'post' tentang handphone Kak Hanis yang manis)
*Kak Emilin
Kak Emilin satu- satunya di antara kami yang sangat sopan dan sangat peramah.
Bukannya kami ini tidak sopan.
Tetapi, Faqihah merasakan dia ini SUPER SOPAN.
Dia juga pernah menceritakan pengalamannya di asrama sekaligus menjadikan pedoman buat Faqihah.
*Kak Ijlaal
Kak Ijlaal sangatlah sporting dengan kami semua.
Saya tidaklah selalu berbual dengannya.
Tetapi saya merasakan dia tu baik.
Dia mempunyai 'Ilham'nya sendiri di situ, iaitu Abang Zul.
*Kak Diana
Kak Diana adalah seorang yang sangat sporting.
Selalu bersama dengan Wani.
Juga pernah menceritakan pengalaman dia di asrama kepada Faqihah.
*Kak Atyqah
Dia juga sangatlah baik.
Umurnya pada tahun 2009, 14.
Hanya berbeza 1 tahun dengan Faqihah.
Dia jugalah yang menyumbangkan gambar- gambar di atas.
*Izzah Hadirah
Teman baik Faqihah sewaktu berada di kursus itu.
Sangatlah comel dan baik.
Sehingga sekarang, kami masih lagi berhubung.
Mempunyai ramai peminat di kursus itu.
*Wani
Baik tetapi kadang- kadang terlalu mengikut perasaan.
Pada mulanya, Faqihah baik dengan dia.
Tetapi, pada malam terakhir, Kak Hanis, Faqihah dan Izzah bertengkar dengan dia.
Kerana dia telah membuat masalah.
Faqihah telah melupakan kesilapan dia.
Memaafkan lebih baik daripada meminta maaf.
*Balqis
Pandangan pertama apabila melihat adik comel ini,
Faqihah merasakan yang dia terlalu nakal.
Hari- hari bermain dan membuat bising.
Tetapi, setelah Faqihah, Kak Hanis dan Izzah menegur dia,
dia menjadi begitu baik.
Nampaknya, berkesan juga teguran kami.
*Huda
Teman baik Balqis.
Selalu bermain dan membuat bising dengan Balqis.
Tetapi, juga menjadi baik apabila kami menegurnya.
Mereka begitu insaf nampaknya, ya?
Sehinggakan pada hari terakhir, mereka mengenakan tudung.
*Sekian sudah coretan Faqihah pada hari ini. Kepada yang tidak disebut namanya itu, janganlah berkecil hati*



.
.
, kami sangat senang apabila bersamanya.
.
.
.
.
.
.
