Friday, January 2, 2009

Template Sama?

Salam.

Tak sampai dua hari Faqihah menggunakan template Velvet-Sky ini,

sudah ada wakil yang memberikan ulasan.

Terima kasih kepada Cik Queen Rara yang dengan baik hati mengingatkan Faqihah.

Queen Rara: eh (: template u sama ng templates my sis lh. ehee :D

Faqihah: siapa sis akak?

Queen Rara: aritu pakai templates lain kn? ehee. sis akk pakai dulu templates ni. hee (: ni url dia (click link)

Faqihah: Sy tak tau plak! x ley jd! Sy nk cari template bru ar..
*merajuk*

Queen Rara: lol. tetiba mrh plak!

Faqihah: bkn marah. tp br smlm edit template ni, dh kena tuka balek.. tak nak sama ngan owang lain..


Sekarang ini, Faqihah sedang sedaya upaya mencari template lain.
Tunggu..



Apa Ada di Dalam?

:vacuum:

Wah, rajin sungguh Cik Faqihah kita ini membuat post yang banyak pada hari ini!

Dalam post yang lepas, Faqihah telah berkongsi cerita tentang hadiah yang telah Faqihah dapat selepas mendapat keputusan UPSR.

Antaranya, beg tangan Cute Shop!

Mari kita lihat apa yang menarik sangat di dalam beg tangan Faqihah itu.
:laptingkap:



Tidak ada apa- apa yang perlu dibanggakan sangat.

Faqihah belum bekerja lagi.

Nanti, kalau sudah bekerja..

Dalam beg penuh dengan DUIT!
:pompom:

Yang ada hanyalah:

*Telefon bimbit Sony Ericsson:call:

*Jam tangan

*Dompet

*Sony Walkman

*Pen Drive

*Notebook


Hadiahku Selepas Mendapat 5A dalam UPSR

Post ini tidak bermakna hendak riak

Cuma mahu berkongsi cerita bersama kawan- kawan dan pengunjung Blog.

Beg yang comel ini dibeli di kedai Cute Shop. Beg tangan ini sesuai untuk remaja bawah umur seperti Faqihah. Harganya agak mahal bagi Faqihah iaitu, hampir mencecah RM50. 100% ditaja oleh Encik Zulghafir.

Minta maaf kerana gambarnya agak 'blur' sedikit. Jam tangan ini dibeli oleh ibu Faqihah semasa Faqihah dan adik- beradik Faqihah berada di Kelantan dan ibubapa Faqihah berada di Johor. Beliau membelinya dengan harga RM100 lebih di sebuah laman web lelong.

Faqihah juga menerima sebuah Sony Walkman. Ianya dibeli di Jusco Bukit Tinggi. Hadiah daripada ayah Faqihah ini diterima selepas Faqihah pulang dari kursus Mokhdar.

Nampaknya, semua hadiah Faqihah setakat ini berwarna merah jambu.
Faqihah= Gadis Merah Jambu:pandacloud_27:



Thursday, January 1, 2009

AQ di Kursus Mokhdar

Faqihah mahu bercerita sedikit tentang pengalaman Faqihah semasa pergi ke kursus Mokhdar cuti yang lalu.

Kursus ini berlangsung pada bulan September lalu.

Cuma Faqihah sedang menunggu kawan Faqihah untuk memberikan gambar.

Antara kawan- kawan Faqihah di sana:

Yang bertudung merah, Balqis manakala yang bertudung biru pula, Huda.

Dari kecil: Syafiqah, Izzah Hadirah.

Dari kiri: Kak Ijlaal, Syafiqah, Kak Emilin, Izzah Hadirah

Sebenarnya, ada ramai lagi kawan- kawan Faqihah di sana.

Antaranya,

*Kak Hanis
Kak Hanis tahun ini (2009) akan menghadapi SPM:pandacloud_04:.
Dia dipertanggungjawabkan untuk menjadi penghuluwati di sana:pandacloud_12:.
Walaupun perbezaan di antara umur kami jauh:pandacloud_15:, kami sangat senang apabila bersamanya.

(Faqihah pernah menulis sebuah 'post' tentang handphone Kak Hanis yang manis):pandacloud_01:

*Kak Emilin
Kak Emilin satu- satunya di antara kami yang sangat sopan dan sangat peramah.
Bukannya kami ini tidak sopan.
Tetapi, Faqihah merasakan dia ini SUPER SOPAN:pandacloud_07:.
Dia juga pernah menceritakan pengalamannya di asrama sekaligus menjadikan pedoman buat Faqihah.

*Kak Ijlaal
Kak Ijlaal sangatlah sporting dengan kami semua:pandacloud_12:.
Saya tidaklah selalu berbual dengannya.
Tetapi saya merasakan dia tu baik.
Dia mempunyai 'Ilham'nya sendiri di situ, iaitu Abang Zul.

*Kak Diana
Kak Diana adalah seorang yang sangat sporting:pandacloud_12:.
Selalu bersama dengan Wani.
Juga pernah menceritakan pengalaman dia di asrama kepada Faqihah.

*Kak Atyqah
Dia juga sangatlah baik.
Umurnya pada tahun 2009, 14.
Hanya berbeza 1 tahun dengan Faqihah.
Dia jugalah yang menyumbangkan gambar- gambar di atas:pandacloud_14:.

*Izzah Hadirah
Teman baik Faqihah sewaktu berada di kursus itu.
Sangatlah comel dan baik.:pandacloud_15:
Sehingga sekarang, kami masih lagi berhubung.
Mempunyai ramai peminat di kursus itu.:pandacloud_07:

*Wani
Baik tetapi kadang- kadang terlalu mengikut perasaan.
Pada mulanya, Faqihah baik dengan dia.
Tetapi, pada malam terakhir, Kak Hanis, Faqihah dan Izzah bertengkar dengan dia:pandacloud_03:.
Kerana dia telah membuat masalah.
Faqihah telah melupakan kesilapan dia.
Memaafkan lebih baik daripada meminta maaf:pandacloud_08:.

*Balqis
Pandangan pertama apabila melihat adik comel ini,
Faqihah merasakan yang dia terlalu nakal:pandacloud_10:.
Hari- hari bermain dan membuat bising.
Tetapi, setelah Faqihah, Kak Hanis dan Izzah menegur dia,
dia menjadi begitu baik.
Nampaknya, berkesan juga teguran kami:pandacloud_01:.

*Huda
Teman baik Balqis.
Selalu bermain dan membuat bising dengan Balqis:pandacloud_05:.
Tetapi, juga menjadi baik apabila kami menegurnya.
Mereka begitu insaf nampaknya, ya?
Sehinggakan pada hari terakhir, mereka mengenakan tudung:pandacloud_14:.

*Sekian sudah coretan Faqihah pada hari ini. Kepada yang tidak disebut namanya itu, janganlah berkecil hati:pandacloud_14:*

UPDATED! 1 December 2009, Tues

p/s: Pernah TERjatuh hati kat Azim. Sampai angau dibuatnya Oops, sekarang tak laa...

Kejadian yang Tak Disangka


Hari Selasa yang lepas, Faqihah mengalami kejadian yang tak disangka.:pandacloud_10:

Mngkin, pada segelintir, ini hanyalah masalah kecil.:pandacloud_05:

Tetapi, pada Faqihah, kejadian ini patut dijadikan teladan.:pandacloud_15:

Ia sungguh menyakitkan hati, perasaan dan tanganku. Kejadian ini terjadi apabila Faqihah cuai semasa menggosok baju sekolah.:pandacloud_03:

Pada mulanya, ia menjadi biru, hitam, dan kemudian merah bercampur hitam.

Alhamdulillah kesakitan itu sudah tiada. Hanya menunggu parutnya untuk hilang:pandacloud_01: