Showing posts with label Sekolah Tun Fatimah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Tun Fatimah. Show all posts

Tuesday, March 6, 2018

1143; Zahidah Sanin

Bismillah.

Zahidah Sanin, haritu saya share dengan kawan- kawan saya ayat yang awak dedicate kat saya masa sekolah. Moga awak pun dapat manfaat!

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang- orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?"

1920
050318
CT2 7UY

Saturday, September 24, 2016

1054; That Evening.

Bismillah.

It was a windy evening in 2010, as far as I could remember. I was alone at the back of the more-than-15-bed-lengthed dorm, writing something on small pieces of papers. It was a list of something that was tinyly written. Something that never have I thought could change the way my future works.

I am blessed for that day my heart was moved to do that. A list of things I should do and should not do in my life. Things a muslimah should and not do in life. Things a girl should and not do in life. Things a non-animal-lover should and not do in life. Things a student should and not do in life. Things a daughter should and not do in life. Things a human being should and should not do in life.

I now thank the younger me for doing that for these are the things that most of the time saved me from the lies of the world.

It was a windy evening in 2010. I fold up those papers into two, and kept them behind my matrix card for few years before the words were washed up by the rain. But worry not, the words are still there with me, in me, being the principles of my life.

1110

Saturday, April 9, 2016

998;

Bismillah.

It's somewhere between 2012 and 2013. I remember seeing trees in the dark, cold tiles, cries, disappointments, and this assuring quote from a friend. 


1312


Saturday, April 12, 2014

#494; Tigrine (From Zero)

Bismillah.
Moga post ini membawa manfaat. 

SATU.
Satu hari, aku dan team mate kena keluar kelas awal untuk buat latihan penting sebelum pertandingan. Waktu Form 3. Dalam library. Aku ingat lagi.

Masa tu aku sibuk bincang dengan sorang team mate aku. Macam mana nak minta kebenaran cikgu keluar kelas. 

Kebetulan ada budak niche area sebelah aku. Siapa dan apa? Rahsia.

Tiba- tiba dia kata, "Ala, netball je!"

Ya Allah, sentap terus hati aku.

DUA.
Ini lebih kurang cerita sebenar. Aku dah lupa. Tapi aku paling ingat kata kata dia.

"Training netball tough tak?"

"Boleh lah.."

"Ala, setakat netball yang macam sotong tu!"

Macam tu je dia berlalu pergi. Aku?Menangis dalam hati.

TIGA.
Baru balik dari practice netball sepanjang hari.

"Faqihah, penat ke?"

"Huh? Taklah.. Hehe. Sikit je ni."

Sebab aku tak nak dikutuk depan depan lagi.

Peringatan untuk diri sendiri:

1. Faqihah, bercakap pakai hati dan akal. Jangan tinggalkan walau salah satu.

2. Faqihah, jangan pandang rendah orang lain. Melainkan kita nak menolong mereka jadi tinggi.

3. Faqihah, ajar hati bersabar. Kita tahu siapa yang benar.

4. Faqihah, kalau hidup tak seperti yang kita nak, ini yang Allah nak.

Friday, April 11, 2014

#493; Cemburu

Bismillah.

Kawan kawan semua ramai post kat fb pasal tawaran interview. 

Even kalau aku tak dapat apa yang diorang dapat pun rasa cemburu. Apatah lagi... entahlah. 

Siapa je yang tak nak berjaya? 

Wallahualam.


Tuesday, March 18, 2014

#488; Langkah Pertama ke Sana

Bismillah.

Pada suatu pagi Ahad yang indah, Ana bersama Nabila bercadang untuk 'compound' selepas memenuhkan perut dengan nasi lemak di dewan makan. Mereka berborak seperti biasa sehinggalah ada sekumpulan adik adik junior yang memberi salam kepada mereka. Mereka menjawabnya.

Tiba- tiba Nabila berkata, "Weh, aku sedih.."

Ana pun jadi pelik, tiba- tiba pula temannya ini sedih. Banyak kali dia mengulang bahawa dia sedang sedih. Ana pun bertanya kenapa, dan dia menjawab,

"Weh, amalan aku tak cukup lagi. Tahu tak dunia dah nak kiamat.."

Ana terpegun. Betapa hidayah itu sangat menyentuh hati. Ana pun melihat diri sendiri. Rasa macam dah bagus tapi siapalah dia hendak dibandingkan dengan para Nabi dan sahabat yang sanggup bergadai nyawa mempertahankan agama yang benar.

Tiba- tiba Ana teringat satu perkara lalu lantas bertanya kepada 'tarbiyyahmate'nya itu,

"Kau dah start pakai stokin, kan?" Tengah hari ni kau pakai tak?"

Nabila menjawab, "Aku dah lama start dah. Tengah hari ni pakai.."

Hmm, sungguh Ana malu dengan Nabila. Sudah terang lagi bersuluh di dewan makan itu terdapat abang- abang yang sudah tentunya bukan muhrim. Ana pun sudah lama hendak berstokin tetapi malu dianggap kodi dan dipandang pelik oleh teman- teman yang lain. Sedihnya..

Tiba- tiba Ana teringatkan ayahnya di rumah terkena sekali tempias dosa dirinya, ibunya yang mungkin kecewa anaknya tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

Baiklah, mulai saat ini Ana berazam untuk tidak malu menjadi kodi jika ianya untuk agama malah dia berbangga untuk menjadi kodi sampai ke syurga! Terima kasih tarbiyyahmate:)


Sunday, January 26, 2014

#469; Tebuan Memories

Tolong jangan bosan yaa:))

Assalamualaikum,

Aku tak tahu kenapa tapi aku suka sangat ulang banyak kali pasal aku kena sengat. One of the memories yang baaaanyak sangat bagi aku pengajaran. Tadi cari balik kat posts yang lama- lama. Alhamdulillah jumpa. So this is the original version, sama macam masa mula- mula aku tulis dulu. Copy paste je.

Di satu pagi yang hening

Waktu tu aku nak siap- siap pergi sekolah. Oleh sebab loker baru aku ni tak de cermin aku terpaksalah guna perkhidmatan cermin loker sebelah atau cermin dorm. Agak menyusahkanlah jugak tapi nak buat macam mana, ye tak?

Tengah on the way nak pergi kat cermin dorm tu, tiba- tiba tapak kaki ni rasa sakit semacam je. Bila tengok, nampak ada lebah melekat kat kaki. (Err, sebenarnya aku tak tahu tu lebah ke tebuan).

Lepas buang lebah tu sumpah sakit gila kot kaki sampai aku terduduk. Dormate aku yang tengah berborak kat depan cermin tu boleh pulak nak terbangak kat situ. Dah lama sikit nampak aku tengah sakit kat situ barulah nak tanya aku kenapa. Hmm,, sakit- sakit ni pun sabarlah jugak.
Nabila Jamal pergi amik KETIP KUKU nak buang sengat kat kaki tu . Haha, Teeqa sampai kena peluk aku sebab aku pergi tolak tangan si Nabila tu buat apa?! Meraung - raung aku padahal tak rasa sakit pun masa cabut tu.

Alan dah amik UBAT GIGI nak sapu kat kaki. 
 Dah tu, sempat pulak kitorang buat sesi perbincangan kat situ nak pastikan tu lebah atau tebuan. Baru semalam teacher ajar kitorang pasal asid alkali. Teacher Sidah kata kalau lebah kena sapu alkali and kalau tebuan kena sapu asid. Aku tengah sakit ni boleh pulak join sekali takut- takut salah letak. Last- last, letak jelah.

Lepas letak tu, sumpah tak hilang lagi sakit tu. Alan dah muka cuak dah takut- takut salah letak. Aku dah tak boleh duduk diam dah ni. Alan dah letak banyak gila ubat gigi kat atas kaki aku tapi still tak hilang lagi sakit. Dah lama tu, aku tengoklah kaki aku tu..

"ALAN, KAU SAPU TAK KENA BOLEH TAK?!" 

Nasib baiklah aku tengok kaki aku tu kalau tak makin bengkak lagi adalah. Semua yang ada kat situ ketawa termasuklah aku yang ketawa dengan air mata. Haha, sakit, tapi lawak kot. Dah tu, barulah rasa lega sikit.

Amiera Shafiqah kata, "Hah, dah diam dah, tadi bukan main bising lagi!". 

Pastu Alan tolong aku balut pakai plaster dengan ubat gigi sekali. Macam kelakar tapi nakk buat macam mana lagi.

Pergi sekolah pulak aku pergi pakai court shoes. 
Dah lah kasut aku tu high heels, dalam kasut tu pulak ada bonggol yang kononnya untuk reflexology. In this case, tak reflexology langsung, ok? Time kelas dalam bilik kuliah aku pergi bukak kasut and bila nak pakai balik tu ketat semacam pulak. Dah bengkaklah tu.. Berbekalkan ubat gigi dalam beg aku ni, aku pun sapulah kejap sementara cikgu tak mengajar.

Sekarang ni kaki ni dah ok dah cuma gatal je. Ingat nak pergi jumpa doktor tapi tak jadilah..

Monday, January 20, 2014

#463; House President (Ex)

Berat beb~

Assalamualaikum,

Dah lama tak cakap pasal amanah. Kalau last year banyak la kot. Konon house president, haktuihh. Haha

Kalau dulu mungkin aku asyik mengeluh kalau bercerita tentang amanah. Yelaa, budak baru nak belajar pegang amanah. Apa yang aku tahu tentang amanah? Yang aku tahu, amanah ni macam kaca. Kalau terlepas, PECAH AMANAH. Haha, ok aku tak tahu tu lawak ke tak-,-

Banyak yang aku belajar tahun lepas, dan tahun sebelumnya. Menjadi house captain dan juga vice.

1. Pemimpin ni sebelah kaki dia kat neraka.

Ayat ni aku belajar daripada Qisya. Qisya kata mak dia yang cakap kat dia. So, maybe aku sedang belajar daripada mak dia.

Hm, last year aku banyak kali cakap kat dormate aku ayat ni. Boleh tahan banyaklah. Ok, aku rasa sangat banyak. Dan aku harap ayat tu sentiasa lekat kat kepala aku dan juga mereka. Mungkin ayat tu juga masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri bagi sesetengah orang. Tapi aku tahu, satu hari nanti semua orang akan merasa menjadi pemimpin. Dan aku harap masa tu mereka ingatlah benda ni.

2. Pemimpin ni kena selalu bersabar

Aku bukanlah orang yang suka meluahkan perasaan pada orang lain. Aku lebih senang menyimpan dalam hati. Aku rasa malu kalau orang tahu kelemahan aku. Dan itulah kelemahan aku.

Semasa menjadi pemimpin, banyak kali aku menangis atas dasar kononnya tak mampu pegang tanggungjawab. Setiap kali aku menangis, aku berazam itulah kali terakhir aku akan nangis. Dan aku gagal.

3. Kerenah dibalas baik.

Pernah sekali tu, aku pergi ke satu dorm ni, suruh kemas dorm. Masa nak naik tangga untuk ke dorm lain, aku terdetik untuk pusing melihat ke dorm tadi. Hah, ada pula yang kantoi sedang membuat muka mengejek aku. Dia terperasan dan meminta maaf. Aku cuma balas, "Tak apa, dah biasa" dengan senyuman.

4. Umpatan dibalas baik

Pernah sekali, ada orang beritahu aku yang ada orang telah mengumpat aku. Aku tak berminat dengan siapa yang mengumpat, tetapi apa yang diumpat.

"Faqihah ni cam tah pape je kan. Nak jadi house president tapi lembik."

Pedih weh. Tu first time aku tahu apa yang orang lain umpat pasal aku. Tapi selama dua tahun tu, aku jadi lali sebab, well.. guess what. Aku dah biasa dengan umpatan. Orang tak tahu aku ada mata mata yang tolong aku bagitahu apa yang orang umpat pasal aku. Hm, siapa yang pernah mengumpat aku, aku tahu je weh. Tapi no worries. Aku tak amik pusing sangat benda benda remeh macam ni. Aku pun pernah je mengumpat. Eh. Umpatan ni aku jadikan sebagai one step untuk perbaiki diri sendiri

5. Baik dibalas baik

Ni mungkin dah tiga kali aku cerita kisah ni, tapi dalam versi yang berbeza.

Masa form 3, aku selalu kena sengat tebuan. Dan ada sorang kawan ni selalu sangat tolong aku cabut sengat and letak ubat gigi. Sejak tahun tu, aku jadi sangat sayang pada dia.

Masa form 5, kawan tu selalu marah aku sebab selalu offlight awal. Hm, mungkin masa tu aku terlalu terbeban dengan tanggungjawab, aku lebih pentingkan rules daripada kawan- kawan. Aku pun pernah kena marah secara ber'geng'. Dan, alhamdulilah, dengan muka heartless yang Allah berikan ni, aku buat muka tak layan je dengan kemarahan mereka. Haha, mintak maaf ya!

Masa akhir tahun form 5, waktu bersalam- salaman sebelum SPM, kawan aku yang sorang ni tiba- tiba datang kat aku, peluk aku sambil menangis. Aku pun menangis. Kami saling meminta maaf. Lama berpelukan. Inilah erti persahabatan kerana Allah.

Tu jelah kot serba serbi. Insyaallah kalau ada idea nak menulis, aku tulis lagi.

Assalamualaikum.

Saturday, February 9, 2013

#453; Kamcheng Sampai Jannah

Bersyukur sangat dapat kawan yang boleh kamceng sampai jannah:)

SATU. Masa juniors dulu aku memang sinonim dengan orang yang muka masam and garang. Padahal aku tak buat muka pun-,- Sumpah, aku tak ramai kawan. Until this one day, masa aku form 2. Aku duduk kat surau dengan N kat side form 2, tunggu interview form 1 and other EDAR baru. Well, on that historical day, N yang ajar aku senyum:)) Entah berapa jam tah duduk depan cermin tu, senyum, buat muka tah pape entah.

Then masa form 3, aku cuba untuk elak buat muka masam. Guess what, ramai yang declare kat aku, dulu diorang tak suka aku sebab muka aku garang. Haha, baru aku tahu. Peace!
Terima kasih kawan senyum sampai jannah:))))))))))

DUA. Dulu aku tak suka B. Tak suka. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu. Aku ni jenis orang yang belajar dalam senyap. Bising sikit, terganggu. Sebab tu kot aku tak suka B. Tak suka yang sampai aku pernah bagi nama dia kat EDAR sebab suka buat bising.

Sampai satu hari, ada perbincangan apa tah, first time dia bercakap dengan aku. First time. Time tulah hati aku terdetik, kenapa aku tak suka dia? Padahal dia nampak baik je. Aku suka sangat berprasangka pada orang. Suka tengok pada luaran.. Kemudian aku berubah.

Sekarang, aku sayang ketat ketat kat dia. Seronok dengar dia buat bising, dengan suara heartless dia tu. Dia pulak jadi orang yang tertunggu tunggu post baru dalam blog aku. Kalau terasa, kaulah B yang aku cakapkan ni-,-

Seronoknya kuatkan ukhwah yang rapuh:)

TIGA. A selalu tarbiyyah aku. Bagi aku semangat, ingatkan aku tujuan hidup di dunia semata mata untuk Allah. Seronok usrah dan berbulatan gembira dengan A. Dulu aku ingat A ni heartless. Betullah cakap orang, dont judge a book by its cover. A ni, heartless memang heartless, tapi kalau dengar dia tazkirah, berkotak kotak tisu boleh habis. Dia selalu ingatkan, persahabatan kita ni atas dasar keimanan.

Satu malam, mood aku tak baik. Aku termarah dia dalam bentuk perbuatan. Sumpah, sepanjang prep malam tu, hati terus tak sedap, homework pun tak jalan. Mood pun simpang siur je. Malam tu jugak pergi mintak maaf kat A. A kata, dia tak ingat apa apa pun -,- Yelah, macam aku cakap, dia memang heartless..

Friday, November 9, 2012

#430; Masa Untuk Allah, Untuk Allah

Salam Alaykum:)

Dah lama tak update blog. Semenjak dua menjak ni blog ni dah jadi macam islamik. Takpelah, apa salahnya nak berdakwah sikit kan. Once dah nasihat kat orang, insyaallah aku pun akan berusaha jadi orang yang solehah:))

Ok, back to the point. Insya allah hari ni blog post aku, MASA UNTUK ALLAH, UNTUK ALLAH. Sebenarnya dah lama dah nak buat blog post ni. Since time exam lagi. Cuma sebab kekangan teknologi kat hostel tu, tertangguhlah sampai sekarang ni.

Aku nak terima kasih sangat kat sorang kawan aku yang memperkenalkan aku dengan ayat, masa untuk Allah, untuk Allah. Masa tu nak duduk kat dalam MUFAZ untuk dengar ceramah, then dia bawa homework ke novel entah. Tak lama kemudian dia tersedar dan dia cakap, "eh, masa untuk Allah, untuk Allah". Although dia cakap benda tu sekali lalu je, tapi sampai sekarang terkena kat batang hidung, terkesan kat hati.

Time end year exam, aku try aplikasikan benda tu. For sure tension. Aku berazam, malam mesti solat maghrib dan isyak berjemaah kat MUFAZ, antara maghrib isyak baca alQuran and tak boleh baca buku. Tambah pulak dengan subjek tak habis baca, tipulah kalau tak stress tapi pujuk je hati ni, kalau sepanjang hari untuk dunia, mana masa untuk Allah?

Aku pernah jugak study dalam MUFAZ tu, dan maybe masa tu Allah nak ingatkan aku, time tu jugak EDAR kat depan cakap pasal kurangnya masa kita untuk Allah, aduss, memang tepat kat batang hidung. Terus tutup buku.

Sepanjang exam, banyak benda baca sekali lalu je sebab tak cukup masa. Tapi pujuk jugak hati ni, Allah mesti tolong orang yang dekat denganNya. Selalu jugak aku cakap kat diri sendiri, takpe kalau gagal sekarang, nanti baru ada semangat nak berjaya lain kali. So, macam tak tension sangat bila dah pujuk diri macam tu:)

Exam kali ni, alhamdulillah dapat result yang walaupun tak memuaskan hati, aku tahu semua benda yang Allah jadikan tu ada hikmahnya. In shaa Allah

Sunday, June 10, 2012

Hellooo Hostel

Macam biasalah, asal hari nak balik hostel je mesti post sedih sedih. Hari ni ibu dengan ayah hantar abang balik hostel kat SAS, Putrajaya so aku balik dengan Cik Lah je. Takdelah sedih sangat bila kat sana nanti. Sooo, bila time sekolah ni, macam biasalah, no posts fr some time, some long time, until the next semester holiday perhaps:( Oh yeah, do click on my nuffnang, I've been craving like pfft fr nuffnang to give me the money. Pray the best fr my karnival asrama which is freakin huru hara and some other events to handle. Belum kena panggil dengan warden lagi, handle tu ini. Result exam mid year tak dapat lagi. Hah, wajib ah dapat kat sekolah nanti. Harap harap result tak hampeh la sebab dah effort habis habis for that. Aii, sumpah nanti kat sekolah nanti aku akan miss gila nak blogging. Nak tulis kat diari, malas. Kadang kadang tulis tajuk je dalam notebook dengan harapan balik nanti dapat buat post pasal tajuk tu. Sobsob:( Yeah, jelly dengan orang ada ipod touch. No worries, I'll work fr it. MATF nanti dapat duit PMR, minggu depan dapat duit dari DRB HICOM. Fuh, syok syok. Hari sukan nanti wajiblah lagi busy kan. Dengan sukantaranya lagi. Have faith Faqihah. Harap tak too tensed dengan environment sebab sejak kebelakangan ni aku rasa macam aku ni cepat sangat naik angin. Hmm, that's all, bye readers!

Thursday, June 7, 2012

Effa; Bakal Biras

Effa, 
Bakal biras? Betul tak aku cakap?

Tak ingat macam mana kita boleh plan nak kahwinkan adik" kita
First" macam gurau" je,
tapi lama- lama jadi macam serious pulak
Siap tukar" gambar adik lagi.
Kau amik gambar adik aku and aku amik gambar adik kau.

Kita dah sama" tunjuk kat adik kita,
and adik aku kata adik kau muda while dik kau cakap adik aku tua.
Adik aku 13 and adik kau 10 tahun.
Beza 3 tahun je pun..

Kat parents pun kita dah sama" cakap.
Parents aku gelak je while 
mak kau gelak but ayah kau marah.
Takpe Effa, 
DUGAAN dalam nak menyatukan adik" kita.. 
ngehngeh~

Bila adik" kita dah kahwin,
boleh le kita pergi 
SUPPER saeng, kan?
Bila kat rumah,
kau tak payah tolong 'cut line' untuk aku
macam kat dining hall
sampai kena marah dengan pakcik dining hall:))

Erm,
aku tak kisah adik aku kahwin dulu.
Tapi kau nak ke adik kau langkah bendul?
hee~

 and

p/s: Semoga segala rancangan kita nak satukan adik" kita berjaya!

Tuesday, June 5, 2012

I Hv FRIENDS, You Hv?

I have lots of friends to share the love with; lemme prove it to you:)

Desk full of sticky lovey dovey notes


A friend that says hi in a unique way
Friends that have been sooo supportive
And a whole lot of LOVE:)

Sunday, June 3, 2012

Tigrine:))

Tigrine netballers;

Netball, dengar macam permainan girly, tak tough, tak mencabar. Takpe, aku dah lali dah dengar benda tu semua. It's not about what people think, but how we put our effort to make people think we could make it.

Qisya, Nurin, Wani, Farah. Kita sama- sama ada cita- cita nak jadikan netball ni niche area, kan kan? Aku rasa time batch kitalah bond netball paling kuat. Haha, juniors boleh nak gelak dengan senior. Kalau time form 1 dulu, mimpilah. Kalau senior tolong ajar pun kira pengalaman paling berharga, kot.

Qisya, ingat tak last year yang kita sama2 mengadu ramai orang perlekehkan netball? Then, kita pergi mengadu kat juniors kat court. Pehal tah time tu.. Untungla juniors kita kan, ada senior nak luahkan perasaan kat diorang. Pfft-,-

This year, let's put our best effort on hksbp, jyeahh. Pergi hk ke tak, tu benda lain laa. Yang penting, we're ONE:))

Wednesday, May 30, 2012

Kak Ety

Ok, hari ni nak sambung azam semalam. Siapkan folio Bio and lepas ni boleh pergi jalan- jalan. 
Google tab, check.
Microsoft word, check
Textbook Bio, check.
Practical book Bio, check.
Aku tahu semuanya akan berjalan lancar sampailah Facebook and Blogger datang kacau aku. pfft, lame-,-

Hari ni, lepas baca SEMUA ORANG punya post dalam Facebook, aku bukak blog pulak. Hoyeah, aku mesti check commentbox dulu sebab memang JARANG gila ada orang nak komen kat blog aku. Pemalas punya readers-,-Ok, sila terasa..

Then, aku jumpa this comment from my super duper senior. Dahlah happy dapat comment baru, ada pulak senior yang nak tegur. Siapa yang tak happy ada senior tegur, kan? Ke aku sorang je?


To my super duper senior. Your face is kinda familiar to me. Emm, emm, banyak benda nak tanya ni, mwahahaha evil. Akak ni HICOM prefect ea? Macam mana tahu blog ni? Batch kak Afza? Ok, tu je. Tak banyak mana pungg:) Haha, jangan marah. Maklumlah zaman juniors dulu jalan pun asyik tunduk je, takut kena panggil. Haha:D

Friday, May 4, 2012

Karnival Hoki 2012

OK, now ni aku dengan Nik tengah pinjam laptop cikgu untuk update blog. hihi:) Kitorang jadi urusetia untuk karnival ni. First and second day je bajet busy tapi sekarang dah boleh lepak baca buku lalu tidur dengan happynya.

Pagi tadi makan breakfast dua kali. Sumpah kenyang. Hari ni makan nasi impit dengan kuah kacang and daging. First time makan tak dapat daging sebab breakfast lambat. Second time, ada share lebih kontinjen hoki, so kitorang ramai- ramai melantak lagi. hehe. OK, after that baru kitorang tahu yang ada satu lagi kontinjen yang tak makan lagi. Takpelah, dah masuk perut dah pun.

Urusetia kena stay dekat sekolah and tak ada chance nak tengok diorang semua main hoki dekat stadium. Sedih kan, Nik? sobsob:( Oohlala, tadi cikgu Khir panggil 3orang volunteers. Ingatkan untuk apa, rupanya untuk pegang sepanduk kat stadium nanti. Yeay!! Untunglaa waktu tu tengah semangat nak jadi volunteer, kalau tak, melepaslah jawabnya. Insyaallah aku akan pegang sepanduk untuk SMS Teluk Intan and Nik, sekolah Sabah. Haha, dia sendiri pung tak ingat. Apa ke bagus sangatlah kau ni Nik?

This week punya outing bermalam aku tak outing:) Agak menakjubkan ok sebab aku duduk dekat Johor je. Aku cakap kat ibu, takpelah tak balik. Timba pengalaman sambil cuci mata. Ngee~

Hari ni hari Jumaat and ada lebih kurang 2-3 hari nak exam. Fuhh, cuak cuak. Baca buku ala kadar je and sedar tak sedar dah ada dekat alam mimpi dah. Hisy, apa ke banyak sangatlah setan kacau time aku nak baca buku ni. OK, bukan kacau aku sorang je, tapi turut menjihadkan kawan- kawan aku sekali:))

p/s: Blog viewers nak dekat 16 000! Chaiyok Faqihah! haha:)

Friday, March 16, 2012

It's Just My KUYU Eyes

Nak cerita pasal mata pulak:)

Aku tahu mata aku ni kuyu since masuk STF la. Orang asyik cakap yang aku ni macam nak tidur la, mengantuk la padahal masa tu aku tengah SEGARR BUGARR.

Ok, at first aku pun pelik jugak pehal diorang cakap macam tu kat aku kan, lama- lama dah terbiasa dah. Aku selalu jugak tengok mata aku ni kat cermin kan tapi tak pernah- pernah pulak aku nampak macam nak tidur. Wtvlah kan.

Masa pergi KESUMA (Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Rumah) hari tu, aku tak tahulah berapa kali Madam Hai tegur muka aku macam nak tidur. Bila aku cakap yang mata aku memang macam ni, dia pun gelak je lah. Samada aku not in the mood atau aku memang bosan. Tu jelah.

Dalam kelas jangan cakaplah. Kalau aku betul- betul mengantuk tu tak pe jugak. Ni time tak mengantuk pun kena sound jugak ni. Sabar jelah. Tak percaya tanya Izyan Hayati, kita memang selalu kena point kan walaupun duduk belakang sekali?!

In a nutshell (haha), mata aku memang macam ni and suka hati korang lah nak cakap aku mengantuk ke apa, ok? That's all. Assalamualaikum:)

Wednesday, March 14, 2012

Zeti: Royale Nuit

Missing that day:)
Hating those stressing moments

Tuesday, March 13, 2012

Jakun Lelaki?

Ola:)

Nak cakap pasal benda yang aku nak sangat cakap since aku balik KESUMA hari tu. KESUMA (Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Rumah). Tu second time aku dalam program yang melibatkan students lelaki after program PMR dengan SSI last year.

FIRST. First day aku kat KESUMA, kitorang semua kena nyanyi lagu Warisan nyanyian Sudirman. Masa nyanyi tu sumpah jakun gila dengar suara lelaki menyanyi. Suara diorang dahlah kuat and garau. Aku pun terfikir, suara diorang ni buat- buat ke apa? Manalah aku tahu, aku sekolah dengan orang perempuan je.

SECOND. Aku tak boleh bertentangan mata dengan lelaki lah.. Kalau ada orang yang nak cakap dengan aku mesti aku pandang tempat lain. Aku rasa mesti orang tu hairan sebab aku cakap dengan dia, tapi pandang tempat lain. Ada sekali tu, aku cakap dengan groupmate aku, tak tengok mata dia, tengok- tengok, dia pun dah entah ke mana- mana, bercakap dengan orang lain. Lawak weh,, aku rasa nak ketawa je bila ingat balik:D

THIRD. Masa makan malam Semarak Bersama Pemimpin (SBP) dengan MB Pahang, sebelum masuk dalam dewan tu, kitorang kena beratur kat luar dulu. Dah lama sangat tunggu, ramai yang berpecah, duduk dengan schoolmate, amik- amik gambar. Aku pulak duduk sorang- sorang kat situ, berpeluk tubuh. Ada satu masa tu, entah macam mana entah, aku boleh ada dalam kalangan ramai lelaki dengan perempuan yang nak amik- amik gambar. Aku cam, pehal pulak ni? Ada pulak yang siap suruh aku ke tepi sebab nak amik gambar dengan kawan. Padahal aku tak bergerak langsung daripada tempat aku berdiri tadi. Huwaaa, sumpah aku rasa nak nangis sebab ramai gila kot lelaki kat sekeliling aku time tu. Pastu aku cepat- cepat cari groupmate aku and marah diorang sebab tinggalkan aku. Bila aku cerita kat diorang apa yang jadi, diorang pun pelik, pehal nak takut? Ah, ada aku kisah? Janji aku selamat.

Bila aku ingat balik, rasa lawak pun ada, rasa takut pun ada. Macam mana kalau aku dah keluar sekolah nanti? Ada ke unversiti untuk perempuan sahaja? Nak tak nak, kenalah belajar bergaul dengan lelaki..

That's all. Assalamualaikum:)

Tuesday, January 24, 2012

Early 2012 Review

Setakat ni aku rasa 2012 adalah tahun yang sangat mencabar. Chewaah, ada gaya PM ni. Yup, seriously busy dengan homework yang tak nak berkurangan plus subjek- subjek yang baru belajar macam Add, Physics, Bio and Chem. Buat masa ni aku rasa subjek yang best Add, Chem and Bio. Physics pening pening sikit. Insyallah boleh catch up nanti. Thanks a lot to kawan- kawan yang sudi ajar aku although ada times yang aku lambat gila nak catch up walaupun jawapan depan mata.

Btw, aku still cari STFians yang satu sekolah rendah dengan aku dulu. Hello adik,, perkenalkanlah diri. Akak tak kenal lorh..

Tugas sebagai VP,, mencabar, SANGAT MENCABAR! Awal-awal lagi aku nak cakap sorry banyak- banyak kalau aku tak boleh memimpin dengan baik. Insyaallah aku akan buat sehabis baik this year. Seriously sorry if I can't.. But yeah, aku akan still struggle for the best.

Tu je kot,, btw, esok aku kena balik STF semula, Sambung semula benda yang aku buat hari2 kat sana. Bye:)