Showing posts with label UKC. Show all posts
Showing posts with label UKC. Show all posts

Tuesday, July 7, 2020

1591; Vibes

Bismillah. 

Do you realise that different kind of people gives you different vibes? 

Like how some people I know, they give this vibe that makes me wanna hustle more in work. Some other particular people, the moment they open their mouth, I know they'll end up giving me the very tiring vibe. On the other way round, being around some other kind of people makes me feel like talking a lot. 

To answer that first question myself, I don't realise it that much before but I've been thinking a lot about the 'vibe' thingy since... last weekend. 

So this circle of friends that I know from when I was in the UK, we plan to gather in KL for a day after so long of not seeing each other. Initial plans were just to book an Airbnb so we can catch up borak- borak for a long time and eat our dinners there. 

Funnily there was one moment while being immersed chatting with each other, I realised that out of nowhere almost everyone suddenly has Qurans in their hands. 

And 'bringing Quran' was never a part of the plan. 

I mean of course I myself don't usually bring my Quran anywhere but that day it just automatically came to me that this circle of friend will always talk about things that will make me want to refer to the Quran, hence I have to bring it along with me. 

Also yesterday (Monday) while I was walking back home, I was suddenly reminded by those circle of friends and remembering them made me wanna revise my surah hafazans while on the street. It's not like I have to tasmik it to anyone or anything, but idk, I think it's the strong vibe that they gave me during the weekend affected me a lot that even just the thought of them made me wanna do good things. 

As much as I hope that more people with such vibes come into my life, I also hope that I'm the person who gives out that same good vibe too. Knowing myself, it's usually me who gets influenced easier by other people rather than the other way round. Describes all the kecundangs that I have in life.

//
senja, juli 5 2020, kuala lumpur.
Semoga terus berjumpa dengan orang yang sentiasa menghidupkan dan juga, jadi manusia yang sentiasa menghidupkan.

2105
07072020
Jelatek

Friday, May 29, 2020

1570; Syawal 6- It Doesn't Stop Here

Bismillah.

Nenek passed away quite a few years ago when I was in UK and I remember crying while going to class that day, forced myself to act unaffected in front of classmates, only to come back home to continue crying again.

Last week I was sitting alone in the sofa, doing some very random thoughts (more to termenung, tbh) and suddenly it came to me how I could actually meet Nenek again in the hereafter. 

I know... veeeery random. I dont even know how that came about my mind too...

But really, if I think about it again, I've witnessed Nenek being a good wife, mother, grandmother and most importantly a good muslim so there's a big possibility that she could end up in the Heaven. So in order to meet her, I have to be in heaven too...

I might've sounded funny in this post but hmm idk this random thought had me so hopeful. At least I could hug Nenek tighter the next time I meet her. At least the next time someone leaves me again, I wouldn't be devastated for so many years. Or if I leave them one day, they could pray that they could meet me again in some faraway future.

Afterall, life is a journey, and so is death.

//
"Best kan, bila perspektif hidup kita tak terhenti pada dunia?"

1920
29052020
Jelatek

Saturday, May 23, 2020

1564; Ramadhan 30- Kejutan

Bismillah.


30 Ramadhan yang mahu aku ingati selama- lamanya.

Hari aku bertungkus-lumus memasak untuk berbuka puasa keluarga Kent- tapi bila tiba waktu berbuka, orang- orang di atas ini pula yang membawa bermacam- macam makanan untuk kejutan hari lahir aku. Petang itu, sungguhlah aku tertipu dengan lakonan masing- masing yang kononnya tak dapat hadir ke jamuan yang aku rancang. Ish, mujur sayang.

Dan malam itu juga kebetulan malam 1 Syawal. Untuk takbir raya, untuk bunga api, untuk gelak tawa, untuk perasaan disayangi. Terima kasih untuk malam indah ini.

malam 1 syawal 2019, kent.
Kent, hidup kerana mereka- mereka ini.

23052020
1910
Jelatek

Friday, May 8, 2020

1559; Ramadhan 14- Subjek Marah

Bismillah.

Pagi ini, sesuatu membuatkan aku marah- lalu dengan sebab rasa terlalu kalah dengan marah itu, aku terduduk menangis teresak- esak. 

Betul, kadang teringin mahu pandai berbalah. Ada hari mahu saja aku luahkan semua yang menyesakkan hati tanpa ada rasa bersalah. Hati sudah panas tapi mulut terpaksa menahan kata- kata hanya kerana mahu menjaga perasaan orang.

Di akhirnya, yang tertinggal selalunya cumalah aku yang perasaannya tidak terjaga. 

//
Malam ini, aku terasa seluruh hariku ini seperti lucu- dalam masa sama aku juga terharu. Pagi tadi aku menangis- nangis menahan marah, malam pula aku dipesan- pesankan tentang subjek marah. Semua dalam masa satu hari.

Malam ini, kak A ingatkan aku yang usaha mengekang marah ini juga adalah suatu sunnah.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Orang yang kuat itu bukanlah diketahui melalui pertarungan, tapi orang yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah."  
(HR Bukhari)

Kak A juga pesan yang orang yang mengawal marahnya akan dapat keampunan dan syurga seluas langit dan bumi. 

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal- amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang- orang yang bertaqwa;  
Iaitu orang- orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang - orang yang menahan kemarahannya, dan orang- orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang- orang yang berbuat perkara- perkara yang baik;" 
Ali Imran 3 : 133-134

Terima kasih Tuhan, untuk diskusi beramai- ramai malam ini. Terima kasih juga Tuhan, kerana banyak poin malam ini yang terkena betul- betul di batang hidung sendiri. Aku, betul terpujuk dengan hari ini. Faqihah, dah tak marah lagi :p

//
Sekadar campakbelakang:
a & s, 14 ramadhan 2019, 'dapur rezeki' nickle court
0010
08052020
Jelatek 

Friday, May 1, 2020

1553; Ramadhan 8- Rumah

Bismillah.

Sejujurnya hari ini tiada idea untuk menulis. Aku cuma mahu pulang ke rumah, mungkin. Jangan risau, aku masih kuat. Tapi tolong doakan aku terus kuat?

//
8 Ramadhan tahun lalu, ini kali pertama kami berempat dapat sahur bersama di student accom kami. Aku dan adik- adikku S, A dan Z- semua pun pernah aku sebut namanya di entri- entri sebelum ini.

Kebiasaannya aku memang liat mahu bangun sahur kerana subuh di sana terlalu awal- jadi aku sanggupkan sahaja menahan lapar dari jam 3 pagi ke 9 malam tanpa berbekalkan sahur. Masih aku ingat lagi pagi itu masing- masing terkejut melihat aku ke dapur.

"Eh, Faqihah bangun sahur lah harini!"

Dalam mamai- mamai tergelak kecil aku pagi itu. Terasa diraikan walau sekecil- kecil usaha bangun pagi. Hari itu mungkin terasa istimewa kerana semua ada. Mungkin sebab itu juga wujudnya foto ini.

mei 2019, nickle court

Bagi aku, yang menjadikan rumah itu bukan bahan binaannya tapi memorinya. Jadi rumah itu bukan pada tempatnya tapi manusianya.

2246
01052020
Jelatek

Thursday, April 30, 2020

1552; Ramadhan 7- Jemaah Terawih

Bismillah.

Dalam entri 'Ramadhan 1' aku tempoh hari, ada satu keluhan yang aku nyatakan bahawa mungkin terawih di Ramadhan kali ini hanya akan dihiasi bacaan dari hafazan surah- surah di juzuk 30. Sedih sebenarnya kerana tidak lagi dapat solat sambil mendengar surah yang pelbagai dan bacaan merdu imam di masjid. Tapi iya, al-Fatihah sahaja pun sudah memadai tapi aku cuma ingin membangkitkan jiwa Ramadhan dalam diri.

Sehari selepas itu, tiba- tiba aku mendapat idea bagaimana hendak mengatasi masalah itu. Teruja!

Malam terawih pertama itu, usai mengambil wuduk, aku bawa keluar laptop ke ruang tamu (aku dan rakan serumah berjemaah di ruang tamu) lalu meletakkannya di atas meja makan. Meja itu aku sengetkan sedikit supaya selari dengan arah kiblat. Aplikasi al-Quran di laptop itu aku buka dan aku laraskan peratus zum supaya senang dibaca dari jarak dirian di atas sejadah.

"Okay kita mula dengan al-Baqarah, ya!"

Setiap hari, aku dan rakan serumah bergilir- gilir menjadi imam. Ada hari kami hanya gunakan satu laptop. Ada hari kami tambah guna iPad milik H supaya bacaan di rakaat itu menjadi panjang sedikit. Alhamdulillah, setakat malam Ramadhan 6 sahaja, kami sudah berjaya membaca sehingga ke al-Baqarah ayat 173!

Kebimbangan kami sekarang ini mungkin adalah apabila hendak sampai ke ayat 282- ayat paling panjang di dalam al-Qur'an. Apa kami perlu tambah lagi 3 skrin laptop di atas meja? Apa boleh kami langkah sahaja tidak membacanya? 

Tak mengapa, bila sampai waktu itu nanti pasti Tuhan bagi lagi kami idea. Ini soal nak atau tidak sahaja sebenarnya.

//
7 Ramadhan tahun lalu juga kali pertama aku dan S dapat terawih bersama! Dalam bilik yang kami sangka sempit tapi sebenarnya luas itu (pernah aku ceritakan di sini dan sini). Betullah, ini hal nak atau tidak sahaja sebenarnya, kan? Kalau betullah hendak, pasti Tuhan berikan jalan.

mei 2019, nickle court

1845
30042020
Jelatek

Wednesday, April 29, 2020

1551; Ramadhan 6- Bahagia

Bismillah.


Terkadang aku kagum dengan betapa baiknya orang- orang disekelilingku. Baik dari cara mereka menyantuniku hingga ke doa- doa yang mereka titipkan buat aku. 

Hari ini H cadangkan aku satu aplikasi untuk membantu mendapatkan bungkusanku dari Terengganu yang terkandas di pejabat pos setelah lebih sebulan. Setelah mengajarkan aku cara-cara, di akhir itu dia titipkan doa, "Semoga bungkusan awak selamat sampai." Terharunya didoakan untuk dipermudahkan sekecil-kecil urusan!

Setelah bungkusan itu sampai ke tanganku, sedikit tip aku berikan kepada orang yang membantu itu. Sebagai tanda terima kasih dan juga kerana aku betul- betul gembira akhirnya bungkusan tersadai itu diambil jua setelah sekian lama. 

"Terima kasih dik, semoga awak bahagia selama-lamanya."

Untuk beberapa saat aku terpaku mendengar kata- kata itu. Apalah sangat yang sedikit itu berbanding besarnya doa ikhlas pak cik itu. Doa pendek tapi sangat bermakna buat aku. Amin, semoga ia berbalik kepadamu!

Semalam mungkin aku mengeluh hariku seperti tidak sempurna- tapi Tuhan, hari ini aku betul- betul bahagia. Untuk orang- orang yang membahagiakan, walau tanpa kau sedar, tahulah bahawa hati kecilku ini sangat merasa senang. Semoga untukmu jua bahagia!

//
Mengambil peluang di entri ini untuk aku bawa kau ke salah satu hari bahagiaku, 6 Ramadhan tahun lalu.




Terawih pertama dengan adanya semua!
2023
29042020
Jelatek 

Saturday, April 25, 2020

1546; Ramadhan 2- Curi- Curi

Bismillah.

mei 2019, nickle court

Kisah Ramadhan tahun yang satu ini moga tidak akan pernah pamit dari ingatan selama- lamanya. Memori ini mahu aku ulang- ulang kepada kamu S, seterusnya kepada anak- anakku dan jika panjang umur, kepada cucu- cucuku.

Waktu itu aku kira masih pagi-pagi, dalam jam 9 atau 10. Untuk kali ke tidak-tahu-berapanya kami berdua mundar mandir di dalam kamar kecil kami, bersilih ganti menjenguk di balik 'lubang intip' pintu bilik kami. Di balik kaca kecil itu pintu bilik milik A dan Z, rakan-rakan lelaki Malaysia seuniversiti.

Apa sudah keluar atau belum? Di kelas atau masih tidur? Rasanya tak ada bunyi kuakan pintu sepanjang pagi. Banyak anggap- anggap yang bermain di bibir tapi tidak ada satu pun yang kami pasti.

Kami hanya mahu ke dapur. Dapurnya hanya di sebelah bilik sahaja tapi risau tatkala berjalan menuju ke dapur, A atau Z keluar dari bilik lalu terlihat kami membuka peti sejuk atau mengambil makanan. Malulah, kan ini bulan puasa!

Sahur di Bumi Permaisuri itu dalam jam 3 pagi. Sudah tidak wajib berpuasa, memang liatlah mahu bangun berpura- pura sahur bersama A dan Z seperti Ramadhan hari pertama. Lalu bila siang sedikit mulalah menyesal tidak ikut mengalas perut, ditambah pula cabaran- cabaran tidak mahu 'ditangkap' curi- curi makan di siang buta.

Tinggi sungguh malu kami waktu itu, tapi masih lucu. Bukannya laki- laki itu tak boleh faham sendiri jika terlihat wanita tidak berpuasa. Ilmu perempuan yang asas itu pasti sudah ada kerana diterap-terap dalam pelajaran di sekolah, hatta kepada sang lelaki sekalipun. Hm sebenarnya, aku sedar akan itu, tapi kan aku diajar hayaa'- untuk tinggikan malu bagi memelihara diriku.

"S, sekarang atau tidak selama-lamanya."

Kami mengintai balik 'lubang intip' buat kali terakhir dan tekad mula menjalankan misi. Pintu berat kamar itu dibuka perlahan- lahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Kami jalan cepat- cepat ke dapur lalu terus menggapai segala makanan yang sedia dimakan. Nasi dan lauk- pauk lebihan semalam dipek dalam bekas makanan, lalu dipanaskan dalam gelombang mikro. Jangan lupa pinggan, sudu, senduk untuk nasi dan lauk. Perlukah dibawa sekali roti?

"Ya, dengan sapuan roti. Untuk petang sikit, jika lapar nanti."

Usai dimasukkan semua perkakas dan makanan dalam plastik supaya mudah dibawa, kami bergegas semula masuk ke dalam bilik. Fuh, gaya cemas mengalahkan filem aksi. Syukur sungguh A dan Z tidak keluar tiba- tiba dalam jangka masa itu. Malu selamat, perut juga selamat. Misi berjaya!

Surat khabar kami bentang di ruang kecil antara dua katil kami. Sambil duduk bersila di atas lantai, bekas makanan kami buka satu persatu- terus semerbak satu bilik dengan bau enak. Makanan pula terasa sedap sungguh di tekak, mungkin kerana tahu dibaliknya penuh penat lelah. Sambil menikmati, terdetik pula dihati, kalau ada kicap sedap juga ni. Ah cukup, bukan untuk diambil hari ini! Ish, manusia dan permintaan yang tiada henti.

2147
21042020
Ramadhan T-2
Unprivating T-5
Jelatek

Wednesday, April 15, 2020

1539; The (Self-Proclaimed) Power Combination

Bismillah.

Z made my day today. Made OUR day in fact. Told you power combination Qihah-Shu ni sebenarnya (walaupun saya menumpang kata-kata orang sahaja :p)

Eeee tak rock lah main rindu rindu ni tapi rindu! Rindu orang2 yang tak janggal cakap pasal Tuhan dengan kita :(

//
shu, 
saat kita terlepas dari pegangan hidup ini, 
moga akan ada yang terus tarik untuk mengingati. 
walau bukan dengan sesama sendiri, 
moga datang yang pernah saksikan hidup kita ini.

2319
14042020
Ramadhan T-9
Unprivating T-12
Jelatek

Saturday, March 28, 2020

1522; The Important S

Bismillah.

If you've been reading my blog, I've been talking about S a lot. Tbh, there are quite a number of Ss in my life and I don't really care about differentiating each and everyone of them to you lol. Today this S I am about to talk about is the sweet girl who is someone important in my life.

She and I, we're very different in many sorts of ways. I wouldn't say that I am a perfectionist but I love things kept in their places, tidy and clean, everything done in a timely manner but S, she's more of the normal one. In a good way of course. 

I guess there were times that she got annoyed by how I kept messing around with her things because I wanted to clean up her space and also when I continuously volunteered to cook for her meals because she was busy with classes and I just wanted to make it easier for her- but it ended up making her sad.

How did I know about her uneasiness? She told it in my face, crying. All my life, I've never felt so bad about helping people out. But I learnt now that she just felt bad and sorry that I've been doing everything by myself and that she wanted to help out too. I'm so sorry S, I swear I didn't mind doing all those because that's just.. me.

I am one year more senior than her so we parted ways last year- I'm staying in Malaysia, she continued her studies in the UK. When I wasn't there in the UK, people kept comparing her with me- how the things that S did reminds them of me. They told her that she was the second me. I know S- she has been dealing with lots of self-esteem issues due to lots of reasons. I don't think she feels good about being compared like that despite she telling me in a happy manner. I don't feel good either.

S, if you're reading this, you were never the second me. Know that you are a unique you and people loves you for being you. I love you for being you.

I have never told this to anyone but know that you alone have made me a better person without you knowing it. Thank you for motivating me to re-memorise my surahs. Thank you for being my solat jemaah partner almost everyday in that small room we had. Thank you for all the nights that you woke up silently and prayed your tahajjud- it surely made me jealous how you're trying hard to hide it. Thank you for showing me that even when the day was tiring, you still can read your Quran, even while lying down. Thank you for accompanying me to every daurahs, it surely made it a lot less lonelier.

With you, I am surely a much much better person. I pray to Allah that He could surround me with more people like you. I even prayed that my future husband would give out the same good vibe as you. I admit that right after I came back to Malaysia, I was in deep darkness for few months because I was alone. Yes, I was surrounded by lots of nice people but none helped me push my amal- hence I was still alone. I drowned myself. I can't wait for you to come back to Malaysia.

To everyone reading this, S just had her first online job interview yesterday. Pray that this journey be eased for her. Pray that she gets the job that would please Allah. Pray that she gets it somewhere near to my workplace so that I have her to motivate me just like the old times haha #selfish.

1759
28032020
Ramadhan T-26
Unprivating T-29
Jelatek

Thursday, March 26, 2020

1517; proud kakak

Bismillah.

I find joy in watching people grow. Every little step they took forward matters to me. Especially those whom I really care about.

//
Z here, used to call me 'mak' when I was in UK because he gets really touched whenever I cooked for him and A any meals. His favourite was probably mi goreng mamak because he couldn't stop talking about it since the first time I made it. But I've never gotten any chance to make it the 2nd time for him. Hopefully soon okie since almost all my adik-adik Kent are here in Malaysia! 

2131
T-28
Jelatek

Tuesday, March 10, 2020

1354; Proud

Bismillah.

Cried watching my adik-adik Kent's MNight performance recording. I cried during last year's MNight too lol I'm sorry I'm like that proud mom who's over-obsessed with their kids hahaha! The performance they've worked hard for is definitely worth it. If I was there, I'd definitely treat each and everyone of them my kari kambing cooking, just like last year.

Hello semua cepat2 balik Malaysia, especially tu yang nama Shu tu!

1855
10032020
Jelatek

Monday, May 6, 2019

1185; Rezeki

Bismillah.

"Rezeki itu bukan bila mana kau dapat apa yang kau nak, 
tapi apa yang kau terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri."

1848
050519
CT2 7WU

Sunday, May 5, 2019

1184; One More Ramadhan Goal: Ithar

Bismillah.

Boleh tak nak tambah lagi satu Ramadhan goal... one that I've been struggling so hard with.

Nak jadi ithar. Nak kurang fikir tentang kepentingan diri sendiri (in a good way) tapi dalam masa sama tak harap apa- apa balik.

Doakan Faqihah!

0009
050519
CT2 7WU

1183; Ramadhan Goals Progress Started Before Ramadhan LOL

Bismillah

"Okay Allah gave me this. So what's the best I can do with it?" -DOPSTV Speaker.

On a side note, it's been weeks since I started reading Quran with intention it could help me khatam during Ramadhan. Coz you know.. girls and their problems. I'm now in the 10th Juzuk and hopefully that would be sufficient for me to cover periods that I couldn't read it.

Now that it's been a routine, leaving it feels... weird. I also miss doing jemaah with Shu now.

Anyway, to anyone reading this, may you also achieve your Ramadhan goals! As Mizz Nina said, "do it for the sake of Allah!"

1811
040519
CT2 7WU

Tuesday, April 30, 2019

1182; 2019 Ramadhan Goals

Bismillah

"Apa Ramadhan goals tahun ni?

"Nak khatam Quran sebab dah lama tak khatam time Ramadhan"

dan mungkin nak banyak fokus pada buruk diri sendiri (instead of orang lain).

Semoga Allah mudahkan!

1125
300419
CT2 7WU

Thursday, April 25, 2019

1181; Jemaah Pertama Kami

Bismillah,

"Kenapa sebelum ni kita tak pernah berjemaah eh?"

"Maybe sebab kita fikir tak muat kot..."

Setiap hari solat di tempat sempit dalam bilik. Sebelah kiri tandas, tong sampah & selipar2, sebelah kanan pulak susunan kasut. Tapi moga Allah redha dengan kita, Shu.

Lepas susun semua benda ke satu sisi, muat aje nak jemaah rupanya. Ya, sejadah saya kain batik aje. Tapi kain batik arwah nenek so dia extra special ehe.

0017
250419
CT2 7WU

Sunday, April 21, 2019

1180; Allah Chose You

Bismillah

Ini dah 2 kali peluk dah sambil2 borak ni.

Borak lagi.

Peluk untuk kali ketiga.

"Allah chose you to uphold Islam"

"Uish sabar jap Ummi, sebak pulak tiba- tiba"

200419
1924
CT2 7WU

1179; Masyarakat

Bismillah,

"Malaysia ni dah hantar students ke luar negara ni dah berpuluh tahun dah. Lepas tu budak-budak pandai ni semua balik Malaysia kerja jauh kat offshore, tak pun terperap kerja dalam ofis, 9-5. Dan kita masih musykil kenapa masyarakat kita tak maju. Sebab sikit sangat yang bergaul dengan masyarakat!" -kak Fizerk

1910
200919
CT2 7WU 

Tuesday, April 16, 2019

1178; I Finally Realized! Like FINALLY

Bismillah,

It took me 5 years to finally realize why I did not get what I've always wanted. Hmm penat je sedih, Allah lagi tahu rupanya haha.

Current favourite doa:
"Ya Allah, janganlah tinggalkan aku dengan keputusanku walau kadar sekelip mata, atau lebih sekejap dari itu"

Sooooothinggggg!!!

2046
150419
CT2 7WU